Monday, December 22, 2008

POTENSI PERTANIAN

Daerah Kota Marudu telah terbukti mempunyai keadaan geografi dan tanah yang sesuai untuk aktiviti pertanian. Daerah ini boleh dimajukan dengan pertanian berskala sederhana dan besar bagi tanaman berpasaran tinggi seperti:

* Getah
* Kelapa Sawit
* Koko
* Padi
* Tembakau
* Kelapa
* Buah-buahan
*Sayur-sayuran
* Jagung
* Ubi-ubian
* Jenis Kekacang

Apa yang diperlukan oleh para pengusaha sekarang ialah:

* Modal permulaan
* Bimbingan/Pendidikan lanjutan
* Pemasaran
* Sistem pengairan yang sistemmatik
* Industri hiliran

Keyakinan saya sangat tinggi masyarakat tani moden boleh diwujudkan di daerah ini jika ada usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh dari semua pihak khusunya pemimpin komuniti dan agensi kerajaan yang berkenaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Parit dan Saliran, Institusi pertanian,, Institusi pendidikan tinggi (Fakulti Pendidikan dan Pengembangan) dan sebagainya.